Tuesday, September 15, 2009

Satu Panduan Untuk Temuduga Yang Berjaya

Satu Panduan Untuk Temuduga Yang Berjaya


Jadi, anda telah dipanggil untuk temuduga bagi sesuatu jawatan yang dianggap
menarik. Temuduga yang berjaya adalah perlu agar anda mampu melayakkan diri
untuk ditawarkan. Sebagai kesimpulan, senaraikan kekunci kepada temuduga positif. Berikut ialah senaraisemak mengandungi beberapa panduan menghadapi temuduga:
1. Kumpulkan maklumat mengenai organisasi dan jawatan yang dipohon. Mengetahui sebanyak yang boleh mengenai syarikat boleh membuatkan temuduga anda lebih interaktif dan boleh jadi apa yang betul-betul anda perlu untuk berjaya dalam pasaran pekerjaan yang berdaya saing.

2. Mengumpul maklumat mengenai majikan merupakan elemen penting sebagai persediaan
untuk temuduga yang berjaya. Jangan takut untuk memohon penerangan terperinci mengenai jawatan yang anda akan ditemuduga.

3. Kemudian, berlatih menjawab soalan-soalan biasa bagi temuduga agar bersedia dan selesa semasa temuduga sebenar. Juga, pastikan anda tahu arah tuju anda dan berikan diri anda masa yang banyak agar anda boleh tiba awal.

4. Tiba lebih kurang 15 minit lebih awal. . Plan on what you are going to wear ahead of time.

5. Berpakaian kemas dan hias diri sebaiknya.

6. Lengkapkan borang permohonan dan lain-lain borang yang diberikan.

7. Perkenalkan diri dengan suara yang jelas.

8. Adakan perhubungan mata dan bahasa badan sewaktu berhadapan dengan penemuduga.

9. Ramai majikan masa kini lebih mengutamakan temuduga berasaskan tingkah laku sebagai kaedah menyaring calon. Cubalah ketahui pendekatan kaedah ini.

10. Biarkan penemuduga mengatur soalan. Dengar dengan teliti.

11. Tunjukkan minat dan keyakinan setiap masa.

12. Berkelakuan formal dan tenang.

13. Berikan sebab-sebab yang logik kepada setiap tindak tanduk yang anda buat.

14. Bersedialah untuk bertanya soalan kepada penemuduga, jika disuruh. Tetapi, awas… Hadkan soalan untuk anda menunjukkan anda mempunyai pengetahuan tentang industrinya.

15. Bercakap benar dan jangan terlalu membesar-besarkan kemampuan anda jika tidak boleh menyokongnya.

16. Berikan gambaran bahawa anda bekerja untuk meningkatkan tahap pencapaian anda sendiri.

17. Berikan keyakinan bahawa anda menerima semua masalah dan kesulitan sebagai satu
cabaran.

18. Tunjukkan kepada penemuduga bahawa anda boleh menyesuaikan diri dengan pekerjaan
yang dipohon.

19. Jawab dengan sebaik-baiknya. Dengar dengan teliti dan perhatikan bahasa badan untuk mengetahui sama ada penemuduga hendakkan jawapan yang panjang atau sebaliknya.

20. Perlihatkan kecerdasan pemikiran yang mendalam dalam perbualan dengan penemuduga.

21. Yakinkan bahawa anda dapat menyesuaikan diri dengan objektif dan matlamat syarikatnya –gunakan kebolehan berfikir dan menjawab dengan secara terancang tetapi spontan.

22. Sediakan jawapan untuk soalan – “Bagaimanakah anda boleh memberi sumbangan kepada
syarikat ini…”

23. Dan… anda juga bolehlah menyediakan jawapan untuk – “Apakah yang anda rancang atau matlamat anda bagi kerjaya ini dalam masa 5 tahun akan datang…” (Kalaulah disoal, alangkah baiknya… kerana telah bersedia!)

24. Practice Makes Perfect (atau sekurang-kurang menambaik). Cuba aturkan satu temuduga olok-olok, atau berlatih dengan seorang rakan dan rakam jawapan-jawapan anda agar boleh dimainkan semula rakaman untuk mengetahui sebaik mana prestasi anda. Sediakan jawapan kepada soalan-soalan lazim temuduga. Dengan cara ini, akan membantu anda menganalisis latarbelakang dan kelayakan anda bagi jawatan berkenaan.

25. Akhir sekali, cuba relaks!

Tips ini di sediakan oleh yamazie on Monday, April 16 @ 08:12:58 MYT


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Net. Powered by Blogger